Sunday, 8 May 2011

cara mengatasi buli

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH BULI


TAMBAH INGATAN DAN TUMPUAN DENGAN E-GENIUS



1. Pendidikan Agama: Langkah yang paling penting adalah memberikan pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.

2. Peraturan yang Tegas: Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa “memilih bulu”. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

3. Peranan Media: Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok.

4. Poster: Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategic seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah –rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitive dengan isu buli.

5. Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO): Badan-badan kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan tujuan member pendedahan ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment

write just u like !!!!!